Sudah hampir seminggu juga saya tak tulis apa-apa artikel di sini. Ada tugasan yang perlu diselesaikan, dan saya dalam minggu-minggu pembentangan akhir dan juga ujian-ujian di UTM. Ya, saya masih belajar :)
Baiklah, pada hari Khamis yang lalu, saya telah menulis mengenai perkara ini . Macam mana? Semoga anda memahami maksud kepercayaan yang ingin saya sampaikan. Tahniah untuk Abg Shueqry, Kak Tom dan Zool , yang telah memahami maksud artikel itu :) Saya yakin anda juga faham. Cuma segan nak tinggalkan komen rasanya. Hehe.
Hari ini, saya ingin menulis mengenai sesuatu perkara yang penting, setelah anda percaya kepada diri sendiri :) Yakni, KEBERANIAN.
Keberanian mempunyai maksud yang subjektif kepada individu yang berbeza. Secara peribadi, keberanian ibarat kesanggupan untuk memulakan sesuatu bagi saya.
Tanpa kita sedari, keberanian menghiasi kehidupan kita sehari-hari. Bila? Mana?
Semasa bayi, kita memulakan langkahan pertama dengan takut-takut. Bertatih. Mulanya? Kepercayaan. Di susuli? Keberanian :)
Semasa sekolah, kita kena datang latihan rumah sukan. Acara lompat tinggi. Manalah pernah cuba. Kat rumah tak ada :). Tapi kita lompat juga. Mulanya? Kepercayaan. Di susuli? Keberanian.
Semasa dewasa, kita mula mengusung resume dan menghadiri temuduga. Kita tak ada pengalaman, tapi kita pergi juga temuduga. Masuk juga temuduga. Bagaimana? Mulanya kepercayaan. Di susuli keberanian.
Malahan, nak masuk meminang anak dara orang pun, anda gunakan keberanian untuk bertanya! :)
Kalau anda tak berani, makan anda tak akan memulakan langkah anda. Jadi, mulakan langkah anda dengan berani.
Tapi tak semua orang sedar bahawa mereka itu berani.
' Aku takut nak pergi temuduga '
' Aku rendah, macam mana nak lompat tinggi-tinggi? '
' Aku berkenan kat si dia, tapi macam mana kalau di tolak? '
Semua mereka ini tidak tahu bahawa mereka perlu memulakan sesuatu untuk mendapatkan apa yang mereka kehendaki. Seperti yang anda nampak, asasnya kepercayaan pada diri, keduanya keberanian. Awal-awal lagi sudah tidak percaya pada diri dan tidak berani mencuba.
Yakinlah, cubalah. Dan anda setapak menghampiri kejayaan.
Semoga artikel ringkas ini, membantu anda untuk lebih berusaha. Lebih yakin dan lebih berusaha membetulkan momok-momok yang telah anda lekatkan di minda anda :)
Esok, saya akan kongsikan kisah-kisah keberanian orang-orang di sekeliling saya yang telah mencipta sejarah dan mengapai impian mereka sendiri. Dan salah seorang daripadanya berusia 69 tahun :) Kisah benar ya!
Berjumpa lagi di artikel yang akan datang. Gunakan apa yang saya tulis ini untuk membantu diri anda. Tiada siapa yang akan melakukannya untuk anda, hanya Anda seorang.
Salam Ikhlas,
Norakmal Jasni
Saya pilih untuk mencapai kejayaan. Saya pelawa anda untuk bersama-sama saya.
Choice Is Yours.


5 comments:
tima kasih akmal..
keberanian itu diharap akan timbul untuk kejayaan diri saya...
memang betul apa yang anda tulis tu dan terkena di batang hidung saya gak,...
Insyaallah saya akan berani....
-------------------------------------
zool
http://ligakampung.blogspot.com
http://mangatoread.blogspot.com
Asmkm DikMal..
apa khabar? very good article!
Keberanian merupakan salah satu dari 10 positive traits.. dengan jadi berani kita dah tak takut gagal dan yang penting beranu membuat sesuatu yang baru..
sistem kepercyaan perlu ada dalam diri, kebanyakan orang-orang cemerlang percaya pada diri dan yakin jika berusaha mereka boleh mencapai matlamat mereka, lalu muncullah Irfan Khairi, Azizi Ali dan beberapa lagi "jutawan senyap" yang lain. Jika digabung dengan sikap berani, ia jadi satu positive, massive action ..
Owh, kisah benar? tak sabar nak tahu! siapakah ?
- shueqry -
all for one, one for all
kalau tak berani mencuba masakan tahu apa hasilnya...kalau takut tak kemana-manalah kita..
sebab tu pendaki yg berjaya ke puncak everest adalah orang yang berani mencuba dan percaya dia akan sampai ke puncak...pis! :)
Memang Benar setiap kejayaan adalah bermula dari langkah pertama rasa percaya diri dan juga langkah pertama keberanian untuk menerajui sesuatu perkara baru.. semoga berjaya setiap orang islam di dunia..... wasallam
Post a Comment