Jumpa lagi! Hari ini, kali ini, beberapa minit yang lalu; saya telah melakukan analisis pada blog ini. Bukan hari ni saja, hari-hari yang lain pun sama :) Dan saya dapati, ramai orang sampai ke blog ini melalui kata kunci seperti : dik mal, minda, minda separa sedar, minda sedar, motivasi, motivasi diri, kisah kejayaan, biodataIrfan Khairi, Lim Goh Tong dan lain-lain lagi.
Jika anda adalah salah seorang antara mereka yang sampai ke mari dengan cara itu, saya harap anda berjumpa dengan perkara yang memanfaatkan anda. Jika tidak, boleh guna search box di atas ini untuk mendapatkannya :)
Mal, apa topik hari ini?
Ya, saya nak kongsikan dengan anda mengenai salah satu keyword di atas. Yakni, minda.
Apa yang anda faham tentang minda?Selalu kita dengar mengenai minda, baca tentang minda, terjumpa buku berkaitan pengurusan minda dan lain-lain. Tapi kita tak faham pun apa itu minda? Jadi apa maksud minda sebenarnya?
Kalau mengikut kamus dewan, minda membawa maksud fikiran/daya berfikir. Dan jika merujuk kepada wikipedia, minda (mind) membawa maksud :
The mind is the term most commonly used to describe the higher functions of the human brain, particularly those of which humans are subjectively conscious, such as personality, thought, reason, memory, intelligence and emotion. Although other species of animals share some of these mental capacities, the term is usually used only in relation to humans. It is also used in relation to postulated supernatural beings to which human-like qualities are ascribed, as in the expression "the mind of God."
Di harapkan anda mendapat gambaran jelas mengenai minda :)
Apa pula potensi minda? Saya juga pernah menulis mengenainya. Anda boleh baca kembali di sini. Adalah di nasihatkan anda membaca mengenainya dulu.
Jadi Mal? Seterusnya..?
Sudah baca? Jika belum, baca dahulu. Tidak ada makna jika anda terkejar-kejar untuk mendapatkan tips seterusnya jika anda tidak memahami potensi minda.
" to know this secret is everything you want in your life, hapiness, health and wealth' Bob Proctor.
Dalam dunia ini, banyak keajaiban yang anda saksikan berlaku di depan anda. Betul tak? Kadang-kadang anda dengar mengenainya. Anda baca berkenaan dengannya. Anda rasakan ia adalah satu kebetulan. Benar? Keajaiban berlaku dalam kehidupan.
Tapi cuba pula anda renungkan, jika di campur2 semua kisah keajaiban itu, katakanlah jumlahnya 100 kisah. 100 keajaiban? 100 keajaiban, adakah semuanya kebetulan?? 100 kebetulan??
Jawapan saya : tidak. ia bukan kebetulan. ia dimiliki sekumpulan orang tertentu yang tahu sesuatu secara langsung mahupun tidak langsung. Meminjam dialog dalam filem The Secret : they understand something. :)
Ya, saya mengakui wujudnya keajaiban dalam dunia ini.Tapi saya mahu memberi penekanan kepada potensi dan keberkesanan minda.
Ada orang berkata, si Abu berjaya dapat 9A1 sebab dia memang pandai. Tengok saja mak ayah nya, doktor peguam, tentu la dia pun berjaya! Tengok pulak si Siti, dia jadi kaya, sebab keluarga dia memang kaya. Kaya lah dia! Dia ada semuanya tapi aku? Apa pun tak ada..
Betulkah? Benar anda tak ada apa-apa?? anda sebenarnya mempunyai satu persamaan paling penting dengan mereka. Ya! Anda mempunyai minda. Sama juga seperti mereka. Jadi, sekurang-kurangnya pada tahap ini anda ada kepercayaan bahawa anda juga mampu memperoleh kejayaan seperti mereka. Ya! Anda ada peluang yang sama! Tak percaya??
Jom kita kaji, ciri-ciri orang yang berjaya ni. Si Abu dapat 9A1, dia rajin ulangkaji, suka bertanya, dan sikap-sikap bleiau sentiasa positif. Sama juga macam Siti. Jadi? Apa yang istimewanya?? Ada sesuatu yang jarang orang perhatikan. SI Abu dan Siti memiliki sifat dan tabiat yang positif, dan ia di kawal oleh sesuatu. YAkni minda. Mereka mengawal minda mereka dengan baik sekali. Jika mereka mahukan gred A, maka mereka cuma memikirkan gred A semata-mata.
Jadi, jika anda boleh mengawal minda anda dengan baik, maknanya anda pun boleh berjaya kan?? Ya benar.
Does this really exist Mal?
Ya ia wujud. Saya telah mengalaminya masa saya sekolah lagi. Cuma kini baru saya menyedarinya. Masa tingkatan 5, saya mempunyai seorang kawan, dia merupakan pelajar terbaik sekolah dan duduk di sebelah saya. Masa dulu, saya agak nakal, tapi aura-aura sekeliling pelajar cemerlang ini banyak mempengaruhi saya.
Baiklah saya namakan beliau Nor. Nor merupakan pelajar terbaik sekolah kami. MAcam saya. satu-satunya subjek yang menjadi ke-gerunan adalah Matematik Tambahan. Sepanjang tahun, kami cuma dapat paling baik pun C :D Kami takutkan Add Maths. Walaupun cikgu kata kami boleh buat. Kami tetap dapat macam tu. Pernah semasa menghampiri trial, rumors tersebar bahawa soalan Add Maths sangat susah, dan peluang nak lulus pun tak ada. Saya dan kawan2 sangat2 la risau! Kalau trial pun tak lulus, macam mana lagi SPM. Kalau dah Nor yang paling pandai pun dah risau, apatah lagi saya. Mesti tak lulus!
Trial pun berlangsung. Dan keputusannya? Nor dapat 45% dan saya 25%. Yang lain semua bawah 15%! Teruk? Ya agak teruk. Tapi menakjubkan pula! Sebab masa SPM, Nor dan saya dapat A1 dalam matematik tambahan.
Keajaiban? Ya pada masa itu kami rasa ia ajaib. Tapi sekarang saya sedar apa yang berlaku. Saya amat mempercayai ia berkaitan dengan minda. Di sebabkan pengawalan minda yang lemah. Saya membentuk kepercayaan bahawa kami akan fail, sebab rumors soalan susah. Sedangkan sebenarnya kami cukup bersedia menghadapi trial. kalau tak, masakan kamo score pada SPM? Jika anda kata saya nasib baik, macam mana pula Nor? Nor adalah pelajar cemerlang. SPM beliau 9A1, 1A2. Hebat?
Ya selepas trial, kami mula dihujani kata-kata semangat dan tunjuk ajar guru., Minda kami fokus kepada A1! Tidak ada lagi kegagalan. Kerana yang kami fokuskan pun, kami cuma mahu A1 dalam SPM. :) Bagaimana?
Wah Mal, mind power really works!
Yes it is! Kuasa minda, pengawalan minda yang baik mampu merubah sesuatu. Mampu mencetuskan keajaiban. Jadi sekarang, ketahuilah, kejayaan bukan kebetulan. Ia dimulakan dengan pengawalan minda yang baik. Saya, anda, Nor, Siti dan ABu, kita semua memp;unyai minda, dan jika kita mengawal minda dengan baik, kita mampu mencipta keajaiban yang seterusnya, yakni keajaiban.
Salam Kejayaan untuk anda.
p.s : Dalam sebulan yang mendatang, satu hasil keajaiban akan terlangsung di sini. Nantikannya!


2 comments:
Asmkm dikMal,
apa khabar? Shueqry here..
WOw ! Artikel yang hebat !
Saya sungguh bersemangat selepas membacanya, baca sekilas terus letak komen kat sini, anyway, saya tak tau selama ni banyak rupanya defination pada minda ni ..
Thanks to DikMal kerana tunjukkan.
Minda memang hebat, bila ia dipandu dengan cara yang betul, pemantapan jiwa yang betul dan attitude yang betul. Ia adalah satu powerful tools yang boleh digunakan untuk apa saja. Thoughts become things!
Apakah sebulan dari sekarang tu? Saya akan jwb email Dikmal nanti, sbb baru buka inbox kelmarin.
Interesting tips kali ini!
- Shueqry -
Salam,
Thanks Abg Shueq kerana selalu ke mari.
Thoughts really become things everytime!
Sebulan dari sekarang? jeng jeng jeng :D
Post a Comment