Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam Persidangan..
Sebelum semua orang konfius, Dik Mal cuma mau beri info, post bertarikh 26 Feb 2006 ada dua.
Kenapa?Sebab esok pagi adalah hari yang agak sibuk dan amat sibuk sebenarnya, mungkin menyebabkan Dik Mal tak ada peluang nak posting.
Jadi anggaplah posting hari ini termasuk untuk esok sekali!~
Dari hari pertama blog ini dilancarkan semula, Dik Mal banyak bercerita tentang
motivasi, yang mana merupakan antara makanan dalaman buat kita semua yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan, khususnya
keusahawanan internet.
Jadi hari ini Dik Mal tulis sesuatu yang luar lingkungan ini tapi masih berkait rapat dengan diri kita, yakni
stress!
Semua sedia maklum, menceburi bidang
usahawan bukannya mudah. Apatah lagi jika memasang impian nak bergelar
Intrepreneur Superstar! TIdak mudah sama sekali.
Lupakan tentang skim2 cepat dapat duit dan pelbagai web2 yang menawarkan bermacam2 jenis pelaburan. Tetapi, untuk menjadi
Intrepreneur Superstar sememangnya memerlukan kerja kuat.
Dengan kegigihan luar biasa yang ada dalam diri, kita rela tak tidur, yang tidur pun..tidur-tidur ayam. Lebih banyak meluangkan masa di depan
komputer. Ada juga mengelurkan modal beli bermacam2 bahan untuk memastikan impian tercapai. Walaupun terpaksa menceburkan diri dalam
skim-skim cepat dapat duit ni. Macam-macam ada. Dan banyak perkara-perkara lain yang membawa kepada penyakit. Yang paling mudah dapat,semestinya
stress!
Stress terjadi atau datang kepada kita bila kita mula rasa tertekan dengan situasi yang kita alami. Dalam konteks ini, semestinya lah disebabkan tekanan2 yang kita alami dalam mencapai impian kita tu. Stress menyebabkan kita cepat
marah,
murung dan kadangkala menjadi cepat
emosi. Tubuh akan menjadi lemah, dan mudah menyebabkan diri kita terjangkit kepada penyakit-penyakit yang lain.
Macam-macam lagi cerita tentang stress.
Stress yang melampau pulak boleh menyebabkan kita tak dapat menguruskan diri dengan baik. Juga mungkin hilang petimbangan bila berhadapan dengan pelbagai masalah. Bagi yang ada darah tinggi, stress boleh menyebabkan
darah tinggi anda semakin teruk. Lalu bagaiman kita nak atasi stress ini?
Macam-maca cara orang praktikkan untuk mengatasi stress. Ada orang memilih untuk berhibur untuk mengurangkan stress. Dengar muzik, pergi karaoke katanya mampu menghilangkan stress. Mungkin, terulang kepada individu. Tetapi harus juga di ingat, banyak permasalahan sosial yang lain akan timbul jika cara ini digunapakai. Apa-apa pun,tepuk dada tanya selera.:]
Lain dari itu, ada yang gemar pergi bercuti untuk menghilangkan stress. Satu cara yang agak bagus. Selain dari meringankan bebanan kerja anda,anda juga dapat suntik pengalaman baru yang mampu membawa kepada kemunculan idea-idea baru. Siapa tahu, duduk2 depan pantai pun boleh dapat
idea. Yang penting catatkan idea anda macam yang DIk Mal ceritakan dalam
My Ideas Diary.
Bagi sesetengah pelajar, mungkin sebahagian besar, stress dapat dikurangkan dengan menjerit! Menjerit sepuas hati hingga rasa kurang beban di kepala. Tapi tak digalakkan! Nanti mengamuk jiran sebelah :]
Bagi Dik Mal pula, kalau rasa stress, apa yang Dik Mal buat ialah minum lebih banyak air suam dan makan lebih
coklat! Ini amat membantu. Air suam yang kita minum, sebenarnya melegakan sistem tubuh kita. Dengan keadaan yang selesa dan sihat, stress pun tidak mampu bertapak! Makan coklat pula? Sebab
coklat membekalkan tenaga dalam kadar yang cepat dan mampu menimbulkan rasa ceria dalam diri!
Yang penting, pabila kita dilanda stress, cuba senyum dan atasi sebaik mungkin! Jaga tidur dan kesihatan. Seorang
Intrepreneur Superstar tentunya memerlukan kesihatan yang baik untuk mencapai apa yang dihajati!~
Selamat mencuba!~