Kedai Online

Friday, June 29, 2007

Off Topic - Report Ali

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.

Baiklah, hari ni kita off topic sikit. Saya nak menulis tentang satu report yang baru saya baca. Report ini saya tujukan khas untuk sesiapa yang ingin menjana wang melalui adsense, tetapi terlalu sibuk untuk update, dan kurang mahir berbahasa Inggeris.

Ya, anda perlu baca report ini. Saya sudah membaca report ini. Dan pihak pengurusan FlareBiz sudah release report ini kepada umum.

Sedikit petikan dari sales letter report terbabit :

KEtahuilah bagaimana Ali, yang tak mahir berbahasa Inggeris dapat menjana RM100 sehari melalui Google Adsense!


Report Hebat Ini Mengandungi...
  • Langkah demi langkah bagaimana si Ali berjaya mencapai ratusan ringgit sehari melalui program Google AdSense.
  • Report ini merupakan kisah benar dimana tiada unsur-unsur penipuan dan tokok tambah.
  • Report ini akan membongkarkan satu rahsia yang membuatkan Ali berjaya meraih pendapatan ratusan ringgit melalui program Google AdSense.
  • Report ini akan membongkarkan rahsia bagaimana menggandakan pendapatan AdSense anda walaupun tanpa kemahiran Bahasa Inggeris.........Dan Banyak Lagi!!

Siapakah Yang Memerlukan Report Ini?
  • Report ini sesuai jika anda lemah bahasa Inggeris dan ingin menjana pendapatan melalui program Google AdSense sehingga mencecah ratusan ringgit setiap hari.
  • Report ini juga sesuai jika anda tidak mempunyai masa yang banyak untuk diluangkan terhadap program Google AdSense dan juga ini menjana pendapatan sehingga ratusan ringgit sehari melalui program ini.
  • Report ini amat sesuai kepada anda yang ingin mencari alternative lain bagi menambah pendapatan AdSense anda.
  • Report ini sesuai jika anda masih tidak ada arah untuk menjana pendapatan melalui program Google AdSense.
  • Report ini akan mewujudkan satu semangat baru untuk anda terus bergiat dalam program Google AdSense.

Berapakah Harga Yang Sesuai Bagi Report Ini?

Report sehebat ini berapakah harga yang anda sanggup bayar? RM30? Oh.. itu terlampau sedikit bagi kami, sedangkan kami membongkarkan rahsia bagaimana untuk memperoleh RM100 sehari melalui Google AdSense! Jadi kami mahu sekurang-kurangnya report ini berharga RM100. Namun sekali lagi memikirkan demi Bangsa... Negara... dan Agama... Kami memberikan report ini secara PERCUMA kepada anda!

Dan, ada lagi 4 bonus menarik menanti anda yang download report ini. Jadi jangan buang masa, ini adlah report yang mesti di baca dan di praktikkan :)

Untuk donwload report ini : KLIK SINI

Tuesday, June 26, 2007

Artikel 9 - Sikap Negatif, Pemikiran, dan Tabiat

Bertemu sekali lagi! Sebenarnya amat keletihan hari ini, hampir saja berputus asa untuk menulis kali ini. Ada tugasan yang perlu di dahulukan. Komitmen mesti di pegang! :)

Baiklah pada kali ini, saya ingin meneruskan tentang cabaran kejayaan. Halangan. Pada psot sebelumnya, saya menulis mengenai Sikap NeEgatif dan Pemikiran Negatif.

Post kali ini pula amat ringkas, kerana jika anda memahami intipati post sebelum ini, maka post yang ini tidak mendatangkan masalah :) Ia berkenaan dengan pemupukan tabiat.

Anda dan tabiat anda.
Analogi 1
Ada seorang budak, suka makan aiskrim! Aiskrim vanilla. Dari kecil, mak ayah budak ini, sudah ajar dia makan aiskrim. Malah tiap kali dia minta, budak ini pasti dapat aiskrim yang dikehendaki. Tapi dalam pada tu, ada juga aiskrim yang beliau tak suka : mint ! Aiskrim mint ni katanya buat rasa sejuk sangat dan tak selesa.

Bila budak ni dah besar, dia adalah seorang penggila aiskrim. Bukan lagi penggemar. Tapi penggila! Semua jenis aiskrim dia suka. Makan. KEcuali aiskrim mint. Tetap tak suka.

Analogi 2
Abdullah adalah berketurunan Melayu-China. Beliau menetap di Hulu Langat. Membesar dalam persekitaran Melayu, Abdullah sudah sebati dengan adat resam orang Melayu. Malah gayha hidup orang Melayu juga amat di titik beratkan. Dari sudut makanan, semua di makannya. Malahan, petai, jering, pun di makannnya! Tapi ada satu yang Abdullah tak gemar. Yakni durian. Katanya, busuk!

Anda Membentuk Tabiat Anda
Dalam kes pertama, budak itu semasa kecil sudah dilingkungi kepercayaan bahawa aiskrim mint itu tak sedap. Dan terlalu berangin. Malahan, budak itu terus membesar dengan kepercayaan bahawa aiskrim mint tu tak sedap. Jadi apabila sudah besar, dia tetap berpegang kepada kepercayaan itu.

Kes kedua, Abdullah dari kecil tak suka makan durian. Busuk katanya! Tapi Abdullah tidak mempunyai masalah dengan petai, jering! Pelik? Kan ke pertai dan jering lagi berbau? Jika dilihat dari kecil lagi, Abdullah sudah tak mahu mencuba durian, sudah kata durain itu busuk. yang lain semuanya ok. kecuali durian :)

Ringkasnya, penerapan fikiran negatif ( aiskrim mint sejuk , durian busuk ) , itu telah sebati dalam diri mereka. Menjadi pemikiran yang digunakan berulang kali dalam kehidupan mereka. Dan akhirnya menjadi sebahagian daripada tabiat mereka. Menyebabkan akhirnya mereka tak mahu cuba pun durian itu setelah dewasa, dengan kepercayaan durian berbau busuk! Sedangkan sebenarnya ia tidak seteruk itu :)

Cuba anda renungi diri anda. Lihat tabiat-tabiat anda, mengapa ia menjadi tabiat anda? Bukankah asalnya fikiran anda? Dan lihat juga bagaimana anda boleh construct semula pemikiran anda. Ia cuma antara mahu dan tak mahu. Pilihlah :)


Berjumpa lagi di artikel yang akan datang. Gunakan apa yang saya tulis ini untuk membantu diri anda. Tiada siapa yang akan melakukannya untuk anda, hanya Anda seorang.


Salam Ikhlas,

Saya pilih untuk mencapai kejayaan. Saya pelawa anda untuk bersama-sama saya.

Choice Is Yours.

Wednesday, June 20, 2007

Artikel 8 - Halangan-Halangan Kejayaan

Saya tahu, kebanyakan dari anda tertunggu-tunggu apakah agaknya perkara yang nak saya bincangkan kali ini. Kunci seterusnya ke? Atau lagi contoh-contoh?

Pertamanya, kelewatan saya menulis artikel ini, tak perlu lah di panjang lebarkan. Cukup anda memberi fokus kepada tiap intipati yang saya huraikan pada setiap artikel :)

Keduanya, tajuk hari ini berkisar tentang halangan kejayaan.

Halangan kejayaan? Contoh ke? Cara menempuhnya ke? Atau apa?

Beberapa minggu yang lepas, saya telah berkongsi dengan Abg Shueqry bahawasanya saya sedang melakar satu rajah, tentang satu pelaburan. Pelaburan apa? Tentunya bukan skim 5D : Duduk Diam Diam Dapat Duit! Tapi Pelaburan Menuju Kejayaan. Pada akhir siri artikel ini, saya akan menunjukkan kepada anda rajah tersebut :) Bersabar ya!

Hari ini, saya mahu anda refresh minda anda. Imbas kembali beberapa artikel yang pernah saya tuliskan. Bagi sesiapa yang tak pernah lagi membaca siri-siri sebelum ini, bolehlah lakukan sekarang :)

Artikel 1 : Kejayaan Adalah Hak Milik Anda
Artikel 2 : Ketahui Kehendak Anda
Artikel 3 : Menentukan Target Anda
Artikel 4 : Kunci Kejayaan Anda
Artikel 5 : Keberanian dan Kepercayaan
Artikel 6 : Cik Mah Berenang ke mari!
Artikel 7 : Kwok Yan Chee

Sebenarnya, kita sudah sampai di pertengahan siri artikel, dengan saya menganggarkan kita akan menghabiskan siri ini pada bulan ini :)

Mengapa tak saya post kan setiap hari terus? Sebab saya mahukan anda memahami. Tiada gunanya saya menulis jika anda tak amik pusing! :)

Halangan Pertama : Sikap Negatif dan Pemikiran Negatif
Pemikiran Negatif adalah permulaan kepada putus asa. Kata orang, kejayaan lawannya kegagalan. Bagi saya pula, kejayaan lawannya putus asa. Kerana kegagalan itu bukan objektif! Kita boleh anggap kegagalan sebagai tersalah jalan. Bukan?

Maka apa perkara-perkara yang akan membawa kepada putus asa?

Antara yang awalnya, sikap negatif dan pemikiran negatif. Pemikiran negatif menyebabkan anda menghalang diri anda dari mencuba. Menghalang diri anda untuk percaya yang anda pun boleh berjaya! Betul?

Perhatikan saja ayat ini :
' Dia tu memang la. mak ayah keluarga bisnes. Memang la pandai niaga!'
' Dia tu dari kecik memang selalu masuk acara balapan. No wonderlah dapat menang olahragawan tahunan'
' Dia tu mak dia hantar pergi tusyen, sebab tu perekse ok je'
' Dia tu kawan dia orang2 bisnes...networking besar, no wonderlah bisnes dia maju..'
' Dia tu asyik bisnes2...tapi tk kaya pun? Buang duit je...!'

Dan macam-macam lagi la :) Kesemua ini adalah ayat-ayat biasa yang anda biasa lafazkan tiap hari.

Anda mengiyakan ayat anda
Setiap kali anda mengatakan perkara sedemikian kepada diri anda, anda sebenarnya mengiyakan perkara itu. MEmang dia tu akan pandai berniaga, memang dia tu akan dapat anugerah olahragawan, memang mereka itu cemerlang dalam peperiksaan, akan mempunyia perniagaan yang semakin maju, tapi anda?

Malahan dengan ayat-ayat itu, anda sebenarnya mengikis kemampuan diri anda. Bagaiman terjadi? Anda menyatakan si dia lebih pandai dengan merasakan anda tidak pandai! Apakah itu? Bukankah anda sedang menyemai pemikiran negatif yang bakal menghalang anda dari mencuba?
' Dia tu memang la. mak ayah keluarga bisnes. Memang la pandai niaga!'
Dalam diam-diam hati berkata : Tak macam aku, mak ayah aku bukan bisnes ounya orang. Keje gomen je... Pakcik aku pun macam tu gak..

'Dia tu dari kecik memang selalu masuk acara balapan. No wonderlah dapat menang olahragawan tahunan'

Dalam diam-diam hati berkata : Aku ni, kaki pendek, lari 100 meter dengan dia, sah la aku kalah.

' Dia tu mak dia hantar pergi tusyen, sebab tu perekse ok je'

Dalam diam-diam hati berkata : Aku ni, perekse dapat no 10 je! Paling baik pun 9. tak macam dia, balik2 muka dia dapat hadiah pelajar terbaik.

' Dia tu kawan dia orang2 bisnes...networking besar, no wonderlah bisnes dia maju..'

Dalam diam-diam hati berkata : Aku ni nak buka mulut bagi bisnes kad pon malu. Segan! Eh bisnes kad aku pun mana ntah letaknya?

' Dia tu asyik bisnes2...tapi tk kaya pun? Buang duit je...!'

Dalam diam-diam hati berkata : Aku dulu pernah cuba, tak untung mana, aku tau dia pun macam tu, buang masa je!

Dengan momokan seperti itu, tak peliklah jika anda masih di takuk lama. KEsan bercakap negatif kepada diri anda, sudah saya jelaskan dalam artikel-artikel lepas. Bukan? Cuba cari semula di antara 7 artikel itu.

Konklusi

1. Kenapa nak sibuk dengan orang? Maksud saya, dia tu rajin, dia tu pandai, dia tu itu, dia tu ini. Tapi anda? Di manakah anda? Perlulah anda memfokuskan lebih kepada diri anda dan menganalisa diri anda, untuk KEJAYAAN ANDA. Anda fokus kepada usaha orang, ibarat anda menganalisa diri orang lain, untuk KEJAYAAN ORANG LAIN. KAdang kala, anda perlu : MIND OF YOUR OWN BUSINESS FIRST

2.. Cuba kurangkan berfikiran dan merasakan serta menyalakan rasa negatif dan pemikiran negatif. Sesungguhnya ia kunci utama kepada putus asa. Anda berhak untuk berjaya.

Berjumpa lagi di artikel yang akan datang. Gunakan apa yang saya tulis ini untuk membantu diri anda. Tiada siapa yang akan melakukannya untuk anda, hanya Anda seorang.

Salam Ikhlas,
Norakmal Jasni
http://norakmal.blogspot.com/

Saya pilih untuk mencapai kejayaan. Saya pelawa anda untuk bersama-sama saya.

Choice Is Yours.

Monday, June 18, 2007

Artikel 7 : Kwok Yan Chee

Minggu lepas saya berjanji akan mencari gambar beliau dan akan berkongsikan dengan anda mengenai beliau.

Hari ini alhamdulillah saya dapat menunaikannya :) Beliau yang saya maksudkan bernama : Kwok Yan Chee .

Kwok Yan Chee - Di Majlis Konvokesyen UTM

Saya mengenali beliau dengan nama : Mr Kwok. Masa tahun 2006/2007 saya berkesempatan untuk bekerja satu kumpulan dengan beliau. Pelik?

Sebenarnya, Mr Kwok adalah salah seorang pelajar SPACE UTM, Kuala Lumpur. Ia, tempat saya belajar. Dan kebetulan kami satu kursus :) Sarjana Muda Sains Komputer serta Pendidikan Matematik. Kursus kami ini, boleh di kata double degree, sebab kandungan kursus, 50% masing-masing untuk pendidikan, matematik dan komputer :) Nampak susah.

Dan kadang-kadang memang merasa sesak nafas :) Namun ia tak la sesukar mana. Kerana Mr Kwok sudah melakukannya.

Pada usia 69 tahun, orang lain sedang bersenang lenang di rumah. Bersama anak cucu. Namun Mr Kwok baru menghabiskan pengajian beliau. Adakah itu terlalu lambat? Tidak sama sekali! Pembelajaran adalah proses seumur hidup :) Life going process.

Kalau orang lain ambil masa 4 tahun untuk mendapatkan ijazah, Mr Kwok menghabiskan masa 8 tahun untuk ijazahnya.

Merujuk kepada petikan The Star ,bertarikh 25 March 2007 :

“Learning is my hobby,” said the oldest graduate at the 38th Universiti Teknologi Malaysia convocation in Skudai, near here, yesterday.

“I believe anyone who is constant in the pursuit of success, will surely achieve it,” added Kwok, who took eight years to get his bachelor’s degree in Science, Computer and Education (Mathematics).“I am happy and proud of my achievement,” said the bachelor.

Pemerhatian saya sepanjang dua semester bersama beliau :

1. Beliau melakukannya dengan penuh minat dan kepercayaan bahawa beliau mampu melakukannya

2. Beliau berani! Orang lain dah pencen tak tentu nak sambung belajar kan? Nak berehat kata mereka..Ataupun, takut tak larat, otak dah penat.

3. Beliau amat bersungguh-sungguh dan komited dengan tugasnya. Pernah saya duduk satu kumpulan diskusi dengan beliau semasa di kelas. Dan beliau telah memberi kerjasama yang cukup baik. Nak tahu apa dia? Kami diberikan tugasan berkumpulan. Dan saya dilantik untuk mengedit kerja serta menambah apa yang perlu. Jadi setiap ahli perlu submit pada saya bahan-bahan mereka. Dalam banyak-banyak ahli kumpulan. Cuma Mr Kwok yang hantar pada sya tepat pada masanya, walaupun beliau cuma menggunakan POS MALAYSIA saja :)

Kesimpulan ringkas dari saya, jika MR Kwok yang berusia 69 tahun ketika ini, telah berjaya menggapai impian beliau dengan jayanya, mengapa anda yang masih muda belia tidak boleh? Renung-renungkan :)

Salam Maju Jaya.

Berjumpa lagi di artikel yang akan datang. Gunakan apa yang saya tulis ini untuk membantu diri anda. Tiada siapa yang akan melakukannya untuk anda, hanya Anda seorang.

Salam Ikhlas,

Norakmal Jasni

http://norakmal.blogspot.com/

Saya pilih untuk mencapai kejayaan. Saya pelawa anda untuk bersama-sama saya.

Choice Is Yours.

Friday, June 15, 2007

Artikel 6 - Cik Mah berenang ke mari!

Assalamualaikum dan Selamat Pagi!

Dua hari lepas saya ada kata, saya akan menulis mengenai usaha gigih dan kejayaan seorang yang sekarang berusia 69 tahun bukan? Ya, dalam dua hari ini, saya mencari-cari gambar beliau, tapi tak jumpa! Memandangkan esok saya akan ke UTM, saya yakin akan memperolehinya di sana:) Jadi kena tunggu lah..

alau bagaimanapun, saya ada kisah lain yang menraik untuk di kisahkan..
Mengenai seorang warga Indonesia yang saya kenali sebagai Cik Mah.

Cik Mah merupakan warga Indonesia. Beliau berkhidmat sebagai pembantu rumah di rumah jiran saya. Sudah lebih 12 tahun beliau di sini. Mencecah 15 tahun saya rasa.

Macam pembantu rumah yang lain, kehadiran beliau nampak biasa saja. Kerja bagus, malahan, sempat lagi mengambil upah kemas rumah orang lain di kawasan ini, secara mingguan :)

Tapi, baru-baru ini, saya baru saja tau mengenai beliau, melalui mak saya :)

Rupa-rupanya, Cik Mah ini adalah ibu tunggal. Beliau mempunyai seorang anak perempuan yang membesar di Indonesia. Anak beliau di jaga oleh mak beliau di Sumatera.

Dalam borak kosong beberapa hari yang lalu, saya tanya pada mak; 'Mak, Cik Mah tu dah kahwin kan?'

Mak cakap, ya sudah kahwin. Tapi sekarang ibu tunggal. Maka saya tanya, mana suami beliau? Kata mak, suaminya sudah meninggal dunia. Meninggal dunia dalam perjalanan ke Malaysia!

Rupa-rupanya, Cik Mah dan suaminya, datang bersama-sama ke Malaysia. Saya tanya lagi, mereka datang ke mari dengan apa? Bot ke?

Jawab mak, mereka datang dengan tokang. Tapi di tengah-tengah laut, mereka berenang, sampai la ke pantai. Barang-barang semua habis. Sehelai sepinggang. Ini adalah untuk mengelakkan dari di tangkap. Masa itulah, suaminya lemas dan meninggal dunia.

Saya terkejut. Kagum dengan semangat beliau. Dengan usia yang masih muda pada ketika itu, seorang wanita yang baru saja kehilangan suami, dan tak pernah ke mari, mengambil langkah berani dengan mencuba. Beliau perlu yakinkan diri beliau boleh berjaya, beliau kena yakinkan diri beliau akan mendapat kerja.

Pada awalnya, bukanlah mudah untuk Cik Mah mendapat kerja. Dalam jumlah yang ramai, mereka semua berkumpul di agensi pembantu rumah, menunggu orang datang ambil mereka untuk bekerja. Nak tau di mana Cik Mah tidur? Di hujung pintu. Ya! Sebab ramai sangat orang, maka tempat menjadi terhad. Dengan kesejukan, sehelai sepinggang, seorang diri, beliau gagahi kehidupan.

Beliau meneruskan hidup, berani mengambil langkah yang mungkin tak berani di ambil kawan-kawan yang lain.

Dan pada hari ini, Cik Mah adalah seorang pembantu rumah yang cekap dan boleh dipercayai. Masakan tidak, majikan beliau kekal mengambilnya sebagai pembantu rumah walaupun selepas 15 tahun! Malahan, majikan berani meninggalkan beliau berhari-hari di rumah seorangan, jika majikannya ada kerja luar.

Kagum? Ya saya kagum. Semangat keberanian Cik Mah patut di contohi. Kalau dia tak berani, maka dia takkan memutuskan untuk ke mari. Jika dia tak berani, dia tak akan terjun dari bot. MUngkin berpatah balik ke Indonesia. Di sebabkan berani, beliau berenang ke mari! Malahan di duga dengan kehilangan suami, beliau tetap memberanikan diri mencari pekerjaan. Dari mana datang keberanian ini? Puncanya, semangat yakin diri :)

Jadi, jika anda ingin masih takut-takut untuk memulakan langkah pertama anda, kenangkan kisah ini. Cik Mah berani! Anda pula? :)

Salam Maju Jaya untuk anda

p.s : Saya benar-benar akan mencari gambar yang saya katakan mengenai seseorang yang berusia 69 tahun ini. Pengalaman bekerjasama dengan beliau, amat berharga buat saya. Dan perlu di kongsikan.

p.s.s : Jangan lupa tinggalkan sebarang pendapat di sini .

Ikhlas,
Dik Mal

Choice is yours.

Tuesday, June 12, 2007

Artikel 5 - Keberanian dan Kepercayaan

Sudah hampir seminggu juga saya tak tulis apa-apa artikel di sini. Ada tugasan yang perlu diselesaikan, dan saya dalam minggu-minggu pembentangan akhir dan juga ujian-ujian di UTM. Ya, saya masih belajar :)

Baiklah, pada hari Khamis yang lalu, saya telah menulis mengenai perkara ini . Macam mana? Semoga anda memahami maksud kepercayaan yang ingin saya sampaikan. Tahniah untuk Abg Shueqry, Kak Tom dan Zool , yang telah memahami maksud artikel itu :) Saya yakin anda juga faham. Cuma segan nak tinggalkan komen rasanya. Hehe.

Hari ini, saya ingin menulis mengenai sesuatu perkara yang penting, setelah anda percaya kepada diri sendiri :) Yakni, KEBERANIAN.

Keberanian mempunyai maksud yang subjektif kepada individu yang berbeza. Secara peribadi, keberanian ibarat kesanggupan untuk memulakan sesuatu bagi saya.

Tanpa kita sedari, keberanian menghiasi kehidupan kita sehari-hari. Bila? Mana?

Semasa bayi, kita memulakan langkahan pertama dengan takut-takut. Bertatih. Mulanya? Kepercayaan. Di susuli? Keberanian :)

Semasa sekolah, kita kena datang latihan rumah sukan. Acara lompat tinggi. Manalah pernah cuba. Kat rumah tak ada :). Tapi kita lompat juga. Mulanya? Kepercayaan. Di susuli? Keberanian.

Semasa dewasa, kita mula mengusung resume dan menghadiri temuduga. Kita tak ada pengalaman, tapi kita pergi juga temuduga. Masuk juga temuduga. Bagaimana? Mulanya kepercayaan. Di susuli keberanian.

Malahan, nak masuk meminang anak dara orang pun, anda gunakan keberanian untuk bertanya! :)

Kalau anda tak berani, makan anda tak akan memulakan langkah anda. Jadi, mulakan langkah anda dengan berani.

Tapi tak semua orang sedar bahawa mereka itu berani.

' Aku takut nak pergi temuduga '
' Aku rendah, macam mana nak lompat tinggi-tinggi? '
' Aku berkenan kat si dia, tapi macam mana kalau di tolak? '
Semua mereka ini tidak tahu bahawa mereka perlu memulakan sesuatu untuk mendapatkan apa yang mereka kehendaki. Seperti yang anda nampak, asasnya kepercayaan pada diri, keduanya keberanian. Awal-awal lagi sudah tidak percaya pada diri dan tidak berani mencuba.

Yakinlah, cubalah. Dan anda setapak menghampiri kejayaan.

Semoga artikel ringkas ini, membantu anda untuk lebih berusaha. Lebih yakin dan lebih berusaha membetulkan momok-momok yang telah anda lekatkan di minda anda :)

Esok, saya akan kongsikan kisah-kisah keberanian orang-orang di sekeliling saya yang telah mencipta sejarah dan mengapai impian mereka sendiri. Dan salah seorang daripadanya berusia 69 tahun :) Kisah benar ya!

Berjumpa lagi di artikel yang akan datang. Gunakan apa yang saya tulis ini untuk membantu diri anda. Tiada siapa yang akan melakukannya untuk anda, hanya Anda seorang.


Salam Ikhlas,
Norakmal Jasni

Saya pilih untuk mencapai kejayaan. Saya pelawa anda untuk bersama-sama saya.

Choice Is Yours.

Thursday, June 7, 2007

Artikel 4 - Kunci Kejayaan Anda

Artikel kali ini saya mulai dengan : Sudahkah anda mencuba saranan saya pada hari Selasa?
Jika sudah, syabas saya ucapkan. Dan jika anda masih belum berkesempatan, sibuk, ada gangguan, maka cubalah sekarang. Kerana alasan bukanlah faktor kejayaan :)
Baiklah, pada ketika saya menaip ni, saya sambil dengar lagu Ruffedge dan VE : Saat Bahagia. Saya suka bunyi pinano. Erk! Piano dalam lagu ni :)
Kita teruskan, dengan fokus hari ini : Kunci Kejayaan Anda.

Setelah anda merangka plan anda, strategi anda, target anda, impian anda; anda seharusnya perlu tahu, apakah kunci kejayaan anda.

Banyak perkara yang akan menjadi kunci kejayaan anda. Setelah saya analisis, saya dapati perkara ini lebih penting berbanding dengan yang lain.

Tentu anda pernah dengar ayat : If you want to change things, first you must change yourself. Macam itu lah, sedikit sebanyak bunyinya. :)

Lantas, apakah kunci kejayaan itu?

Kunci Kejayaan Di Bongkar
Sekiranya anda ingin berjaya, dalam apa jua bidang yang anda tempuhi, tak kira lah, anda nak jadi seorang pelajar yang berjaya dalam SPM, dalam fakulti; nak jadi seorang jutawan; nak jadi seorang usahawan tani yang berjaya; seorang IM Malaysia yang berjaya, apa saja kejayaan yang anda impikan, kuncinya adalah : KEPERCAYAAN KEPADA DIRI ANDA.

Untuk berjaya, anda perlu percaya bahawa anda mampu memperolehinya.

Pada artikel ke-2, saya ada menulis tentang 'mind vibration'. Disini wujud hubung kait antara, keperluan anda mempercayai diri anda, dalam usaha menghasilkan dan melepaskan getaran minda yang baik, dan akhirnya, membawa kesan yang baik kepada diri anda :)

Malangnya, ramai orang tidak percaya bahawa mereka boleh mencapai kejayaan. Mereka boleh menjadikan semua impian mereka satu realiti. Ramai orang selalu berharap mereka boleh! Tapi malangnya, mereka tak percaya mereka boleh. Pada akhirnya, pemikiran negatif ini akan membataskan pergerakan mereka.

Mengapa Ramai Orang Tidak Yakin?
Secara mudah dan ringkas, ramai orang di momokkan dengan kenyataan bahawa kehidupan itu sukar, kejayaan itu susah, anda bersaing dengan orang2 yang telah berjaya dan itu amat susah!

Itulah kepercayaan yang terbentuk sejak berdekad-dekad, dan inilah yang memacu pergerakan anda. Dengan kepercayaan yang kian menebal, anda sebenarnya, melepaskan pemikiran bahawa kejayaan itu susah. Dan, memang la akan jadi susah :D

Hakikatnya, kehidupan itu mudah, manusia yang menyukarkannya. Kejayaan itu milik semua, tapi manusia yang melabelkannya bahawa ia milik sesetengah individu semata-mata. Dan sebenarnya, saingan untuk kejayaan bukanlah orang-orang di luar sana, tetapi diri sendiri, minda sendiri. Inilah hakikatnya. Setuju?

Kisah Siti dan CGPA
Siti merupakan seorang penuntut di sebuah IPTA tempatan. Siti juga seperti orang lain, cukup sifatnya. Siti di kelilingi kawan2 yang setiap semester dapat anugerah Dekan. Maka kalau diikutkan, Siti boleh berusaha untuk dapat 4.0 setiap semester. Tetapi, apa yang terjadi, Siti hanya dapat pointer 3.0 saja setiap semester.

Siti sebenarnya, telah terperangkap dalam kepercayaan diri yang beliau rangka sendiri. Bentuk kepercayaan yang tertanam dalam diri Siti termasuklah : Siti tak bagus, kawan-kawan Siti lagi bagus, mereka dapat anugerah Dekan; belajar itu susah bila dikelilingi kawan-kawan sehebat ini, susah nak catch-up; dan Siti akan dapat 3.0 sekali lagi.

Apabila Siti mengukir kepercayaan sebegini rupa dalam diri beliau - jadi tak kira macam mana dasyhat Siti belajar, Siti berusaha, Siti ulangkaji, Siti tetap akan dapat 3.0. Kalau keajaiban berlaku, mungkin 3.3. Tapi takkan dapat 4.0 . Kenapa?

Sebab Siti sendiri tak percaya ia takkan terjadi :) Setiap kepercayaan Siti akan di simpan oleh minda separa sedar beliau, dan akan dicernakan dan kepercayaan itu akan semakin menebal. :) Maka, Siti tidak akan keluar dari kelompok kepercayaan itu

Jadi Bagaimana Untuk Mencipta Kepercayaan Diri Yang Betul?
Ubah cara anda berfikir. Percayalah, anda mampu melakukannya. Anda memang boleh buat! Berusaha bersungguh-sungguh. Kemudian berdoa dan tawakallah, insyaALLAH doa anda akan dimakbulkan ALLAH SWT.

Berjumpa lagi di artikel yang akan datang. Gunakan apa yang saya tulis ini untuk membantu diri anda. Tiada siapa yang akan melakukannya untuk anda, hanya Anda seorang.

Salam Ikhlas,
Norakmal Jasni
http://norakmal.blogspot.com/

Saya pilih untuk mencapai kejayaan. Saya pelawa anda untuk bersama-sama saya.

Choice Is Yours.

Tuesday, June 5, 2007

Artikel 3 : Menentukan target anda

Saya yakin, anda semua tentu sudah sedar bahawa, kejayaan adalah hak milik anda, dan juga anda yakin bahawa anda mampu meraihnya!

Tapi, banyak juga kekangan yang anda sedari mula muncul dalam anda cuba menempa kejayaan anda bukan?

“ Aku nak berjaya! Aku percaya aku boleh berjaya! Tapi nak mula macam mana?”

Anda dah mula berfikiran positif? Percaya pada diri anda? Jika sudah, anda layak ke peringkat seterusnya, menetapkan target anda!

Tetapkan impian anda. Kehendak anda.

Di tahap ini, anda seharusnya memahami, bahawa kehidupan anda, masa depan anda, dan setiap langkah yang anda ambil adalah di bawah kawalan anda!

Jika anda betul-betul hendak capai sesuatu, jika anda benar-benar mahu merubah kehidupan anda, jadi, anda perlu ubah beberapa keadaan dalam kehidupan sedia ada anda. Mula memilih pilihan-pilihan yang baik hari ini. Mula fikirkan apa yang anda mahukan.

Jika anda tidak tahu bagaimana untuk bermula, saya cadangkan anda mula menulis matlamat anda. Apa yang anda mahukan. Anda tak tahu apa matlamat anda? Mulakan dengan angan-angan. Fahami apakah sebenarnya yang anda mahukan. Jika anda tahu apa yang anda mahukan, anda akan memulakan hari esok dengan lebih baik. Anda setapak lebih rapat dengan kejayaan anda.

Ingatlah bahawa, pilihan yang anda buat semalam, membawa anda hari ini!

The choices you made yesterday, brings you TODAY!

Inilah, langkah mudah yang boleh anda gunakan, untuk bermula.

- Dapatkan satu kertas.
- Buangkan segala pemikiran yang mengatakan kegagalan anda, kesedihan anda pada masa lalu. - Fikirkan apa yang paling penting untuk anda
- Tuliskan semuanya dalam kertas tadi
- Tulis sehingga anda puas hati. [Tiada limit]

Jangan skip bahagian ini. Berhenti membaca di sini. Lakukan ini terlebih dahulu. Satu pembelajaran itu hanya akan berkesan dengan latihan yang secukupnya. Anda perlu menulis. Jika anda terus mencapai kertas dan cuba menulis, anda berada di trek yang sepatutnya. Jika anda tidak berbuat apa-apa, tidak terlintas untuk buat apa-apa, maka anda sudah tersalah jalan. Ingat. Tiada kegagalan, cuma ada putus asa. Cuba elakkan faktor-faktor yang menyebabkan anda putus asa.
Jadi, mula kan menulis. Ambil sekeping kertas dan mulakannya!

Cuba lakukan. Ini permulaan yang bagus. Brian Tracy dalam buku nya : Phsycology of Selling juga menitipkan perkara yang sama. Malahan Brian Tracy menyarankan anda menuliskan 100 impian anda, dan sentiasa tambahkan apabila anda mula meingimpikan sesuatu yang baru.

Impian anda tidak semestinya dalam bentuk objek malahan mungkin dari segi pengawalan kewangan yang lebih baik, keluarga yang lebih besar, kemahiran interpersonal lebih baik!

Pastinya, banyak cabang impian yang boleh anda fokuskan. Tentu anda mahu tahu, target yang bagaimana yang perlu di tuliskan. Sebenarnya anda boleh tulis apa saja, secara rawak, dan klasifikasikannya kelak. Tapi mungkin juga anda tidak tahu apa sebenarnya anda mahukan bukan?

Baiklah. Saya cuba bimbing anda. Anda boleh fokuskan kepada skop-skop ini:
  • Impian untuk mencapai kebebasan kewangan
  • Impian untuk kesihatan fizikal dan mental
  • Impian untuk keluarga dan hubungan personal
  • Impian dalam pencapaian spiritual
  • Impian dalam pendidikan dan pekerjaan
  • Impian dari segi material
  • Dapat? Inilah yang anda mungkin perlukan! Ia bergantung kepada individu.
  • Kebiasaannya kita lebih fokus kepada impian yang ke-6. Seperti contoh yang saya jelaskan semalam..

Untuk mencapai ini semua, gariskan apa-apa juga kemungkinan!

Sesuatu matlamat perlu konkrit dan spesifik
Saya percaya dan amat yakin bahawa anda, telah pun mula menulis matlamat anda. Tetapi, apa yang anda tuliskan? Saya juga amat pasti, matlamat anda lebih kurang mungkin berbunyi seperti ini :

  1. Saya mahu jadi kaya
  2. Saya mahu jadi jutawan
  3. Saya nak ada kereta besar
  4. Saya nak ada rumah banglo
  5. Saya nak melancong mengelilingi dunia
  6. Saya nak pergi bercuti sekeliling Malaysia
  7. Saya nak beli barang kemas banyak-banyak!

Tersenyum? Ya! Anda telah menulis matlamat anda. Tapi ia tidak akan membawa anda kepada kejayaan. Anda akan berputus asa! Masih ingat : You never fail, you just give up!

Macam mana nak capai target nak jadi kaya. Nak buat macam mana? Takkan nak masuk Roda Impian, menang hadiah lumayan baru boleh jadi kaya?

Jangan gusar. Saya juga pernah menulis impian yang lebih kurang seperti ini. Tidak salah jika anda dah tulis lebih 100 target yang lebih kurang sama. Kerana anda lebih baik dari mereka yang langsung tidak menulis target!

Sepatutnya anda sudah mendapat kredit, atau pun patut saya dah beri A++ sebab dah mula menulis target anda. Tapi saya tak bagi. Sebab apa?

Sebab ada 1 juta orang lain di luar sana, yang menulis impian seperti ini! Bermain-main dengan impian dan mula menulis. Apa peluang anda? Tentunya anda bukan bersaing dengan mereka. Rumah mewah anda, kereta mewah anda nanti milik anda! Tak ada kaitan dengan mereka! Tapi anda bersaing dengan emosi anda.

Macam mana?

Bila ada 1 juta orang yang saya katakan tadi, semuanya berusaha untuk jadi kaya, dapatkan kereta mewah, rumah benglo seperti anda. Anda pun akan semakin bersemangat bukan? Tetapi ada tak anda terfikir, situasi ini:

Bila ada 1 juta orang yang saya katakan tadi, semuanya berusaha untuk jadi kaya, dapatkan kereta mewah, rumah benglo seperti anda. Anda pun akan semakin bersemangat bukan? Tetapi ada tak anda terfikir, situasi ini:

Ali, Ahmad, Abu, Lina dan Dhiya adalah lima orang sekawan. Kesemua mereka sudah mempunyai impian mereka yang ingin mereka kecapi. Rata-rata mereka mempunyai matlamat yang hampir sama. Semua mereka berusaha kuat, amat bermotivasi untuk mencapai kejayaan mereka. Bagaimana mereka melakukannya? Dengan usaha yang etul,berterusan, doa dan tawakal. Tapi pada akhirnya, Lina dan Abu gagal. Ada sikit kesilapan yang mereka lakukan. Menyebabkan mereka bergerak lebih lambat dari Ali, Ahmad dan Dhiya! Tiga kawan mereka ini sudah mencapai target mereka, manakala Abu dan Lina masih belum. Sadisnya, Lina dan Abu menjadi lebih lambat begerak. Mereka rasa tidak yakin sebab kesilapan kecil
dan cuma tengok kawan-kawan lain sudah capai target. Akhirnya, mereka gagal.
Gagal mencapai target kerana mereka putus asa.

Kenapa Abu dan Lina menjadi putus asa? Sebab mereka tidak tahu apa yang dilakukan! Mereka cuba kesemuanya. Mereka cuba apa saja untuk jadi kaya. Untuk dapatkan rumah. Kereta mewah! Tapi kegagalan yang kecil menyebabkan mereka putus asa. Itu satu hal, juga, mereka rasa tertekan kerana berfikiran mereka tidak mampu. Sedangkan orang lain mampu! Di manakah kesilapan mereka?

Diketahui, tiga orang kawan mereka tentu menulis impian juga. Seperti mereka. Tetapi, dalam pada itu, mereka cuba menambah impian-impian mereka, mereka menjadikan ia lebih spesifik dan jelas. Tidak seperti Abu dan Lina! Mereka cuma bergantung pada impian awal semata-mata.

Terlalu kompleks? Saya ringkaskan:

Apabila anda menulis impian anda, tulislah impian yang jelas dan lengkap. Pada ketika masa berlalu, terus update impian anda. Jangan biarkan ia sangat umum. Jadikan impian anda lebih khusus!

Contohnya seperti ini :

  1. Saya mahu jadi kaya dalam tempoh 5 tahun dari sekarang, pada waktu itu, saya hendaklah mempunyai simpanan sebanyak rm500,000.
  2. Saya mahu jadi jutawan tujuh tahun dari sekarang, ketika umur 30 tahun
  3. Saya mahu kereta ferarri warna merah!
  4. Saya mahu beli rumah banglo dengan lima bilik tidur, tiga bilik mandi lengkap dengan kolam mandi di Beverly Hills!
  5. Saya nak melancong mengelilingi dunia mulai tahun depan, bermula dengan US, UK, Itali, Perancis, Arab, China, Jepun dan Australia.
  6. Saya nak bercuti ke Pulau Tioman, kemudian ke Pulau Langkawi dan akhirnya ke Pulau Pangkor
  7. Saya nak beli kalung berlian dari Habib Jewels!

Dan macam-macam lagi. Bukankah ia kedengaran dan kelihatan lebih jelas dan realistik? Mempunyai impian yang konkrit dan realistik amat membantu anda dalam membina kejayaan anda!

Tambahan : Impian anda mestilah mempunyai tarikh!
Anda sudah menulis banyak impian anda. Saya gemar mengelarkannya impian. Ia nampak dan kedengaran jitu dan merupakan apa yang anda mahukan. Dan kedengaran istimewa!

Apabila anda menulis impian, saya cadangkan anda menulis tarikh bersama.

Tarikh apa? Tarikh bila anda mahu matlamat anda tercapai.

Bagaimana untuk meletakkan tarikh dalam impian anda? Kolum yang mudah boleh membantu anda! Di dalam jadual itu, letakkan impian anda, tarikh mendapatkannya dan progress.

Tuliskan tarikh, bila anda akan mencapai impian-impian anda. Kemudian, kaji perkembangan anda setiap hari! Jika anda masih tidak bergerak, kaji semula adakah impian anda itu amat realistik untuk di capai, jadikan ia lebih spesifik.

Impian anda tadi, juga boleh anda pecah-pecahkan kepada target harian, mingguan, bulanan dan tahunan! Lebih menyerlahkan kepada anda, apa yang anda mahukan dalam hidup anda! Dan paling penting, apa anda perlu buat untuk menjadikan impian anda realiti.

Rumusan
Sepatutnya, sehingga bahagian yang akhir ini, anda sudah lengkap dan faham bagaimana anda menetapkan matlamat anda. Jika masih ragu, saya rumuskan ia dalam huraian seringkas boleh:

  1. Tuliskan impian dan gol-gol anda.
  2. Jadilah lebih spesifik. Jika anda mahukan kereta mewah, nyatakan kereta mewah jenama apa, warna apa, warna yang macam mana, teknologi yang bagaimana!
  3. Letakkan tarikh pada target anda. Bila anda mahukan perkara itu terlaksana? Letakkan limit untuk anda mencapai apa yang anda mahukan. Di sinilah perlunya anda menulis target yang jelas dan realistik. Takkan anda nak bina satu lagi bangunan setinggi KLCC dalam setahun bukan? Buatlah target yang realistik.
  4. Laporkan perkembangan anda setiap hari. Lihat list anda setiap hari. Jika perlu, print dan lekatkan di tempat yang anda mudah nampak. Buatkan ia supaya kelihatan seperti things to do! Secara konsisten, tambahkan impian-impian anda. Ingat! Impian anda tiada limit! Tapi pastikan anda jujur mencatat perkembangannya.
  5. Selepas anda berjaya mencapai apa-apa target, walaupun kecil, reward yourself. Saya menghabiskan sepetang saya di taman KLCC, dengan sebuah buku selepas habis final exam, sebagai tanda terima kasih dan reward utk diri setelah sya berhempas pulas sepanjang semester ini.
  6. Nikmati perjalanan kehidupan anda. Nikmati keceriaan, kegembiraannya sepanjang masa. Ia adalah mengenai menikmati perjalanan menuju kejayaan anda, bukan semata-mata untuk sampai ke destinasinya sahaja.

Itu dia! Kunci dalam menetapkan target anda! Di manakah anda ketika ini? Tidak salah untuk menjawab saya tidak pernah menulis impian saya. Tidak salah! Saya cuma mula sedar untuk menulis impian saya pada umur 21 tahun! Mulakan hari ini!

Mudah. Tukarkan fikiran anda kepada target di atas kertas. Jadikan ia kenyataan. Bagaimana - akan membantu anda? Kita akan bersambung di artikel seterusnya.

Berjumpa lagi di artikel yang akan datang. Gunakan apa yang saya tulis ini untuk membantu diri anda. Tiada siapa yang akan melakukannya untuk anda, hanya Anda seorang.

Salam Ikhlas,
Norakmal Jasni
http://norakmal.blogspot.com/


Saya pilih untuk mencapai kejayaan. Saya pelawa anda untuk bersama-sama saya.

Choice Is Yours.

Monday, June 4, 2007

Artikel 2 - Ketahui Kehendak Anda

Pada hari Jumaat minggu lepas, saya ada menulis artikel yang bertajuk, Kejayaan Adalah Hak Milik Anda. Diharapkan anda sudah membacanya, dan menelitinya. Sebarang pertanyaan boleh dikirimkan di ruangan komen, mahupun emailkan kepada saya di e.norakmal@gmail.com

Baiklah, kita teruskan dengan artikel hari ini.

Sehingga pada saat anda membaca artikel ini, ayat ini, saya yakin, anda sudah ketahui bahawa kejayaan itu mampu dimiliki oleh sesiapa saja. Setuju? Tidak ada orang yang bodoh, yang ada orang yang malas mengusahakan pandai. Tidak ada orang yang gagal, yang ada cuma mereka yang putus asa, dua tiga langkah lagi sebelum kejayaan. Mana satukah anda? :)

Dan anda juga mungkin pernah cuba sedaya upaya yang anda mampu anda lakukan. Apa yang terdaya, dan cuma lihat kegagalan demi kegagalan lagi. Anda mungkin sudah putus asa. Berhenti! Ya. Berhenti berputus asa. Anda tidak perlu putus asa. Kerana, ada cara lain, untuk mendapatkan kehidupan yang anda mahukan. Dan saya akan cuba menghuraikan BAGAIMANA untuk mendapatkannya.

Pertamanya, saya sarankan anda, mengetahui apa yang anda mahukan. Bukan setakat yang anda mahukan, tetapi yang anda benar-benar mahukan. Fokuskan fikiran anda kepada apa yang anda mahukan.

Anda tentu akur bahawa, kehendak setiap orang itu berbeza. Dan kadang-kadang, apa yang anda mahukan, bukanlah apa yang anda mahukan! Persekitaran kadang-kadang mengaburi impian anda. Anda terpempan oleh ciptaan-ciptaan kehendak kehidupan hari ini. HIngga anda tak tahu apa sebenarnya anda mahu. Hari ini anda mahukan kereta, esok rumah, dan seterusnya. Berubah-ubah.

Apa sebenarnya yang anda mahukan? Anda perlu fokus untuk menjawab persoalan ini.

Siti mungkin mahukan rumah banglo dua tingkat mewah di Beverly Hills, kereta BMW yang mewah, mahu bercuti ke Itali mahupun London.

Ahmad pula idamkan kehidupan yang menggembirakan, kesihatan yang baik, ketenangan hati, keluarga yang bahagia, isteri dan anak-anak yang soleh dan solehah.

Setiap manusia itu mempunyai kehendak yang berbeza. Seperti contoh di atas, apa yang anda mahukan, tidak semestinya berbentuk material. Boleh juga berbentuk ketenangan hati, yakni spiritual. :) Bergantung kepada individu. Apa yang anda mahukan?

Impian anda memerlukan strategi
Jika anda, mahu mencapai target anda, anda mahu membaiki kehidupan anda - apa saja yang anda mahukan, pertama anda perlu memutuskan apa yang anda benar-benar mahukan dan kemudian kembali dengan strategi.

80% orang yang menulis impian mereka, benar-benar mencapainya. Jadi, hanya dengan menulis impian anda, anda telah meningkatkan peluang kejayaan anda sebanyak 80%.

Tahukah anda, orang yang berjaya dalam dunia, mempuyai strategi yang tersendiri untuk memastikan impian mereka tercapai, target mereka tercapai. Hatta, dalam permainan bola sepak sekalipun, turut memerlukan strategi. The best strategies win!

MENGAPA SEBEGITU?
Ini kerana apabila anda membuat sesuatu keputusan, anda membina strategi, anda sebenarnya telah mengerakkan minda separa sedar anda, dan anda telah menghantar mesej, yang anda mahukan impian-impian itu tercapai. Ini merupakan mesej yang amat penting yang akan tersemat dalam minda anda. Jadi, mind of what you think off! Pastikan anda sebenarnya benar-benar mengetahui apa yang anda inginkan. Anda mesti merasai yang itu adalah yang anda mahukan. Sekali lagi, ia tidak semestinya material :) Berusaha dengan strategi, berdoa dan bertawakal. InsyaALLAH, ALLAH SWT akan mengkabulkan doa anda. Kesungguhan anda menyatakan apa yang anda mahukan, akan menunjukkan betapa anda mahukannya. Di sinilah pentingnya anda tahu apa yang anda mahukan :)

Mengetahui sebenarnya apa yang anda mahukan


"DikMal, saya tak tahu apa yang saya mahukan. Kdang-kadang ia datang, kadang-kadang hilang dari fikiran. Rasa macam tau, tapi tak tau."

"Rasa nak rumah yang besar, tapi bila fikir-fikir rumah yang sedia ada ini pun, dah cukup memuaskan sebenarnya. Tak tahulah!"

"DikMal, kalau macam tu, apa saya nak tulis? Kalau saya tak tulis, saya kehilangan 80% peluang kejayaan??"
Jangan runsing. Saya juga kadang-kadang tidak tahu apa yang saya mahukan. Tapi yang lebih penting ialah saya cuba untuk memahami kemahuan diri saya. Dan saya terus berusaha. Tidak putus asa.

Bagaimana melakukannya?Cuba anda lakukan ini.

1. Cari tempat yang agak tenang. Supaya anda boleh fokuskan fikiran anda. Anda mesti tahu anda boleh fokuskan fikiran anda. Tak kisahla kalau anda berada di tengah-tengah KLCC sekali pun, asalkan anda fokus.

2. Lihat objek biru. Lihat dan lihat lagi.

3. Sekarang tutup mata anda, dan mula lihat warna biru, dengan mata yang tertutup itu. Dalam minda anda cuma ada warna biru. Anda nampak pantai yang biru, tenang. Biru.

4. Sekarang fikirkan pula warna putih. Wana putih bersih. Lapangkan lagi fikiran anda.

5. Kemudian bayangkan anda, pada tahun 2012; yakni 5 tahun dari sekarang. Bagaimana agaknya diri anda? Pakaian anda? Wajah anda. Anda berjalan menuju kepada benda yang paling penting dalam hidup anda. Apakah ia? Ingat perkara itu. Bayangkan pula, bagaimana keadaan sekeliling anda?Siapa yang berada di sekitaran anda. Dan terus bayangkan.

6. Setelah anda mengenal pasti keadaan diri anda itu, buka mata anda. Catatkan segala apa yang anda nampak dalam fikirkan tadi. Analisa senarai itu, apa yang anda mahukan, ada di antara perkara-perkara itu.

Dengan ini, anda membawa minda anda 'bergerak'. Kemudian, bagi arahan ringkas pada minda anda. Apa yang anda benar-benar mahukan. Dan, anda mula berjalan ke arah kejayaan.

KUASA MINDA ANDA
Saya pernah membaca perenggan ini :

We create what we think and what we think sends out a vibration that attracts similar thoughts anda people who share similar thoughts. Think of thoughts as vibrations - that are picked up by the subconcius and the universe and manifested in reality.
Jadi, sebenarnya, apabila anda berterusan tidak tahu apa yang anda mahukan, atau tidak pasti mengenainya, dan tidak mampu menyebutnya bila ada orang bertanyakan pada anda; anda cuma akan membentuk lebih banyak 'confusion' dan akan menarik lebih banyak seituasi seumpanya.

Hentikan pemikiran sebegini. Mula fikirkan apa yang anda mahukan. Jadi, anda perlu mula memikirkan apa yang anda mahukan. Mulai saat ini. Fikirkan apa yang anda mahu jadi dalam 5 tahun akan datang, di mana anda, ukir strategi terbaik, berdoa dan bertawakallah setelah berusaha dan lihatlah kekuasaan ALLAH SWT akan menjadikannya realiti. Amin

Berjumpa lagi di artikel yang akan datang. Gunakan apa yang saya tulis ini untuk membantu diri anda. Tiada siapa yang akan melakukannya untuk anda, hanya Anda seorang.

Salam Ikhlas,

Norakmal Jasni

Saya pilih untuk mencapai kejayaan. Saya pelawa anda untuk bersama-sama saya.

Choice Is Yours.

Friday, June 1, 2007

Artikel 1 - Kejayaan Adalah Hak Milik Anda

Hari ini, kita melangkah ke hari pertama dalam bulan JUn 2007. Macam mana dengan azam-azam yang anda telah terapkan pada awal tahun. Di harap sudah di pertengahan perjalanan hendaknya.


Baiklah, mulai hari ini, anda akan disajikan dengan beberapa artikel yang telah saya tulis khas untuk anda. Supaya dengan adanya artikel ini, mampu membuka fikiran anda mengenai kejayaan. Atrikel pertama saya bertajuk : Kejayaan Adalah Hak Milik Anda.

Artikel ini lahir dari hati saya untuk membantu menyedarkan lebih ramai orang bahawa setiap seorang daripada mereka termasuk Anda juga, sebenarnya mempunyai hak untuk berjaya. Kita sentiasa diberi pilihan untuk berjaya dalam apa jua bidang yang kita mahukan.

Cara – cara untuk mencapai kejayaan itu akan cuba saya rangkumkan secara praktikal dan bersiri di dalam artikel ini dan juga di artikel-artikel saya yang akan datang.

Konsepnya, saya mahu lebih ramai orang cuba menghargai kehidupan dan berhenti menyalahkan takdir. Mengapa? Kerana takdir itu sebenarnya tidak pernah salah, tetapi Anda yang melihat takdir dari sudut pandangan yang salah lalu mengatakannya salah.

Sedar atau tidak, Anda tidak menjaga peluang yang diberikan dengan baik. Saya faham, mungkin anda sering berkata begini dalam hati:

“Oh, saya ada peluang? Betulkah? Ahh. Mengarut! Hidup saya sekarang penuh dengan kegagalan. Hidup saya ni penuh dengan penyesalan!. Saya tidak akan mampu berjaya seperti kebanyakan orang yang lain. Saya selalu saja gagal. Kenapa ini berlaku pada saya seorang? Nampaknya sudah takdir begitu. Inilah hidup saya”

“Saya dah cuba banyak kali. Tapi masih tiada hasil. Saya sudah buat yang terbaik, tetapi masih tak mencapai target yang saya mahu. Saya dah penat, cukuplah sampai di sini saja! Cukup menyusahkan. Kalau saya tahu begini jadinya, saya tak nak cuba dari awal lagi.”

“Saya dah baca banyak artikel motivasi dan saya juga dah dengar banyak dengar ceramah-ceramah. Tapi saya masih di takuk yang sama! Semuanya tak berkesan langsung. Menghabiskan masa, tenaga dan duit saya saja”
Pernahkah Anda bertanya bagaimana ia terjadi sebegitu?

Sebab anda membiarkan emosi anda menguasai fikiran Anda. Anda terus memikirkan kegagalan setiap masa dan fikiran anda dipenuhi oleh kegagalan! Anda membiarkan apa yang tidak sepatutnya berlaku menjadi realiti tanpa anda sedari.

Jika Anda telah mencuba tetapi masih gagal, syabas! Anda mungkin telah tersalah jalan. Tiada kegagalan dalam usaha mencapai kejayaan. Anda cuma menemui jalan yang salah. Belum gagal, hanya perlu ubah strategi dan usaha lagi sehingga anda mencapai apa yang dimahukan.

Kegagalan bukan suatu perkara yang negatif. Ia sebenarnya relatif dan boleh diubah. Ibarat sebuah rumah yang anda boleh keluar masuk darinya. Maksudnya, Anda mempunyai pilihan. Buat keputusan sama ada masuk ke dalamnya dan terus menetap di sana. Pilihan lain, masuk dan keluar semula tanpa perlu menetap lama-lama.

Kegagalan menjadi satu perkara yang positif jika Anda menganggapnya positif, bersangka baik, mengubah strategi dan terus mencuba. Ia jadi negatif bila anda berputus asa dan berhenti dari berusaha lagi.

Realitinya, saya mahu anda faham, bahawa Anda tidak pernah gagal. Sebaliknya anda Cuma dah ambil keputusan untuk berputus asa bila berjumpa cara yang salah. Anda Cuma tak nak buat lagi bila apa yang anda mahukan tak menjadi.

You never fail, you just have given up!

Rasanya, adakah dengan berputus asa, satu langkah yang bijak bagi Anda?

Tahukah anda di dalam filem The Pursuit of Hapiness, watak utama pernah tidur di tepi tandas! Pernahkah anda lalui semua itu?

Bukan saya suruh anda pergi tidur di tepi tandas untuk berjaya, tapi cuba renungkan watak utama dalam filem itu . Cuba bertanya pada diri sendiri, sedangkan orang yang tiada rumah sekalipun boleh berjaya dan menjadi jutawan, inikan pula Anda!

Tetapi analoginya, pernahkah anda memberi 100% percubaan, dengan cara yang betul, dengan target yang betul, jelas dan sistematik? Atau anda cuma berkhayal tanpa titik.

Tahukah anda Mat Jenin tidak salah kerana berkahayal. Tetapi yang salahnya apabila berkhayal, dan tidak meletakkan khayalannya kepada sesuatu yang bermakna dan nyata.

Berkhayal dengan tanpa tujuan, ibarat berangan-angan kosong. Akhirnya, esok pagi, anda lupa angan-angan anda. Tapi kalau anda cuba aplikasikan angan-angan itu, anda boleh mencetuskan macam-macam idea yang bakal membawa anda kepada kejayaan.

Bagaimana?
Pertamanya, mempercayai, bahawa kejayaan adalah hak milik semua. Termasuk ANDA!

Sebelum anda belum bermula, latih diri Anda untuk berdialog dengan diri sendiri dan cuba kurangkan fikiran-fikiran negatif seperti :

- Merasakan diri tidak guna. ‘ Aku tak guna. Aku menyusahkan orang. Hidup aku tiada maknanya. Lebih baik aku tidak ada di dunia ini!’

- Mempercayai orang lain memandang rendah anda. Jangan! Itu tidak perlu. Yakinkan diri anda bahawa, mereka sebenarnya cuma cemburu dengan kejayaan demi kejayaan, yang anda kecapi. Terutamanya bila anda mula berkata positif kepada diri anda! Mereka takut! Takut apa? Takut anda akan mengatasi mereka. Anggap mereka sengaja mencabar anda.

- Anda mudah dipengaruhi oleh orang lain. Anda lebih senang berpandukan keputusan orang lain. Anda takut nak buat keputusan sendiri. Takut salah dan gagal. Jangan! Kegagalan jika di ambil sebagai suatu yang postif, mampu mengubah
anda.

- Anda mudah marah dan kecewa apabila diberi teguran. Ego anda tercabar dengan teguran tu. Jika anda dalam keadaan begini, ia bukan membina tetapi menghancurkan satu persatu semagat juang dalam diri Anda. Selain itu, menebalkan lagi sempadan diri anda.

Awasi juga dialog-dialog diri anda yang lain. Pelbagai aura negatif, buruk dan berkarat mungkin bersarang dalam minda anda tanpa Anda sedari. Anda mungkin kata, “sudah beginilah kehidupan aku berlangsung. Takdir telah tercatit seperti itu..” Itu fikiran negatif!

Tapi pernah tak anda terfikir bahawa, takdir boleh diubah?

Destiny Can Be Changed If You Are The One Who Wanna Change It .

ALLAH SWT Maha Adil. Hasil usaha anda yang kuat, akan dibalas sesuatu yang berharga. Semakin kuat anda berusaha, semakin hampir anda dengan kejayaan.

Tapi dengan syarat, jika anda melakukannya dengan betul dan jelas. Jika anda tak tahu caranya yang betul, bertanya atau kaji sendiri melalui pemerhatian atau pembacaan.

Saya berikan anda contoh yang mudah. Cuba bayangkan anda memanjat pokok. Bagaimana cara yang anda tahu? Tanpa usul periksa, takkanlah nak lompat terus ke dahan pertama kan? Silap hari bulan, terjatuh ke bawah dan patah kaki!

Oleh itu, anda haruslah panjat dari bawah. Fikir dulu dan rancang strategi. Kemudian, mulakan langkah, sedikit-sedikit dengan cara yang betul. Jika perlu pakai tali pinggang keselamatan. Pakailah. :p

Siapkan diri anda, letakkan dalam keadaan berjaga-jaga supaya jika anda jatuh pokok, tak teruk sangat sakitnya! Mungkin dengan letak tilam yang ada spring kat bawah pokok boleh membantu.

Adakah Itu sesuatu yang lucu? Kata orang. Ouh tidak! Itu tidak lucu.

Malahan itu unik. Anda cuma memastikan diri anda mendapat perlindungan sewajarnya. Mereka tidak akan bantu anda, anda kena bantu diri sendiri. Mengapa pula, sebab kalau Anda jatuh, rasanya apa yang akan mereka buat? Jangan terkejut, kerana pertama sekali mereka akan ketawakan Anda!

Yakinlah bahawa, untuk mencapai kejayaan, anda memerlukan teknik yang betul dan benar-benar mendatangkan hasil. Anda perlu pelajari dan kuasai teknik yang tepat, bekerja dengan smart; dan anda yakini diri bahawa kejayaan adalah hak anda! Selepas itu...

Success Is Truly Will Be Yours.
Bagaimana untuk bermula? Cadangan saya, praktikkan dulu berdialog dengan diri sendiri. Bayangkan anda sedang berkata terus dengan diri anda bagaikan mengadap sebuah cermin. Lihat diri ada sepenuhnya. Ceria atau tidak? Bersemangat atau tidak?

Setiap hari, ucapkan kata-kata positif dan bersemangat pada diri anda sendiri. Kalau bukan anda yang buat, takkan ada sesiapa yang lakuannya untuk anda. Bahkan mereka tidak akan sesekali mahu melakukannya untuk Anda.

Ambil tanggungajawab pada diri sendiri, hargai kehidupan anda, kawal pemikiran anda, jangan takut pada kegagalan. Terima hakikat, kegagalan akan timbul dalam proses anda mahu berubah untuk mencapai kejayaan.

Kegagalan akan membuatkan anda tahu perkara yang selama ini anda tak tahu. Kegagalan akan mengajar diri anda bahawa apa yang anda lakukan tu sebenarnya salah dan bukan cara yang mendatangkan hasil. Oleh itu anda perlu berusaha lagi cari cara yang betul.

Tetapi yang manakah yang perlu anda mulakan dulu? Bermacam-macam cara anda boleh mulakan. Tapi cadangan saya : Kawal fikiran anda. Kawal minda anda. Baja ia dengan perkara-perkara baik dan sangkaan baik terhadap semua orang dan semua keadaan.

Anda mesti belajar menghargai diri. Anda mesti menghargai keunikan diri anda.

Anda tidak mempunyai hak untuk mempertikaikan tentang keunikan diri anda.

Setiap orang unik. Setiap orang istimewa. Anda, bagi saya ada keistimewaan tersendiri.

Ingat tu!

Berjumpa lagi di artikel yang akan datang. Gunakan apa yang saya tulis ini untuk membantu diri anda. Tiada siapa yang akan melakukannya untuk anda, hanya Anda seorang.

Salam Ikhlas,

Norakmal Jasni
http://norakmal.blogspot.com/

p.s : Saya mahu membantu diri anda. Bacalah artikel ini berulang kali. Saya mahu anda sedar, Anda juga ada kekuatan tersendiri.

Jika orang lain yang pernah gagal boleh bangkit semula, mengapa tidak anda? Mereka juga menggunakan cara yang sama seperti yang saya beritahu Anda dalam artikel ini. Jika ia berkesan pada diri mereka, ia juga berkesan pada diri anda. Anda takkan rugi apa-apa.

Mulai hari ini, tetapkan matlamat anda. Tulis apa yang anda mahu capai. Buat keputusan semuktamad mungkin. Beritahu diri sendiri Anda mahu mencapai matlamat itu. Anda akan buat apa saja untuk mencapainya! Pedulikan kata-kata orang, lupakan mereka dan GO ON.

Saya pilih untuk mencapai kejayaan. Saya pelawa anda untuk bersama-sama saya.

Choice Is Yours.